MENU

STATUS TERKINI COVID-19 DI PAHANG

Kemaskini 15.06.2021 @ 12.00 tengah hari
 
RINGKASAN KES HARIAN:
Sehingga 15 Jun 2021, jam 12.00 tengah hari, sebanyak 32 kes baharu telah dilaporkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes disahkan positif COVID-19 di Negeri Pahang adalah sebanyak 11,707 kes. Kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah sebanyak 850 kes. Terdapat 247 kes sembuh harian dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 10,756 kes manakala jumlah kematian adalah 101 kes.
 
*Dukacita dimaklumkan terdapat 5 kes kematian baru dilaporkan pada hari ini:
-Kes-97 (Lelaki, 73 tahun dari Kg Meragis, Serengkam, Maran)
-Kes-98 (Lelaki, 40 tahun dari Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, Temerloh)
-Kes-99 (Perempuan, 64 tahun dari Batu 1, Jln Tras, Bentong)
-Kes-100 (Lelaki, 41 tahun dari Kg Bohor Baru, Bera)
-Kes-101 (Perempuan, 70 tahun dari Felda Tembangau 1, Bera)
 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Sentiasa amalkan norma baharu:
- Pakai pelitup muka
- Jaga jarak fizikal 1 meter
- Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau guna hand sanitizer
- Segera ke klinik kesihatan berhampiran jika bergejala
 
Dengan mematuhi SOP, risiko untuk dijangkiti COVID-19 adalah sangat rendah walaupun kes positif tersebut anda tidak kenali.
 
Kita sama-sama ambil tanggungjawab dan amanah ini bersama.
Bersama kita putuskan rantaian COVID-19.

#covid19 #kitajagakita #kitamestimenang #koinaksihat #tanganimerahlindungihijau

 

Kemaskini Terakhir: Rabu, 16 Jun 2021 - 11:14am