KURSUS PEMANTAPAN JURUAUDIT BERSEPADU ISO MAJLIS DAERAH PEKAN
6 MAC 2023 - Telah diadakan Kursus Pemantapan Juruaudit Bersepadu bagi ISO 9001:2015, ISO 37001:2016 & ISO 27001:2013 Majlis Daerah Pekan. Kursus telah diadakan selama 3 hari bermula pada 6 Mac 2023 sehingga 8 Mac 2023 bertempat di Bonda Valley, Batang Kali.
Kursus ini bertujuan untuk menambahkan kemahiran dan pengetahuan berkenaan audit kepada Juruaudit Dalaman Majlis Daerah Pekan.
Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Daerah Pekan, En. Mohamad Nasir Bin Jusoh dan Majlis Penutup disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Dato' Haji Zainal Abidin bin Md.Amin.
