MENU

PROFIL UNIT

Unit

Unit Audit Dalaman

Ketua Unit

ABDUL LATIF ARIFF BIN SHAMSUL AMRI

Alamat

Jalan Mahkota 26600 Pekan Pahang

Nombor Telefon

09-4211081

Nombor Faks

09-4221954

LATAR BELAKANG

Unit Audit Dalam (UAD) telah ditubuhkan melalui Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bilangan 3 Tahun 1998. Sehubungan itu, Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Bil. 1/2010 bertarikh 31 Mac 2010 telah meluluskan penubuhan Jawatankuasa Audit Majlis Daerah Pekan.

Fungsi utama Jawatankuasa Audit selaras dengan fungsi yang telah digariskan di dalam Surat Pekeliling Am Jabatan Perdana Menteri Bil 3 tahun 1998.

UAD adalah merupakan sebahagian daripada komponen kawalan dalaman Majlis Daerah Pekan dan bertanggungjawab terus kepada Yang Di Pertua MDP.

VISI

Memberi perkhidmatan audit yang cemerlang dan berintegriti bagi menambah nilai dan mempertingkatkan tahap akauntabiliti operasi MDP.

MISI

Melaksanakan pengauditan mengikut piawaian pengauditan antarabangsa secara professional,bebas serta objektif dan mengeluarkan laporan yang berkualiti,adil dan saksama.

OBJEKTIF

  • Membantu pihak pengurusan atasan mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin dalam menilai menentukan keberkesanan proses kawalan kewangan dan tadbir urus.
  • Membantu pihak pengurusan mempertingkatkan tahap akauntabiliti pengurusan kewangan dan pematuhan kepada undang-undang,peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan.
  • Membantu pihak pengurusan menentukan dan menilai program dan aktiviti telah diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.

PIAGAM PELANGGAN

Unit Audit Dalam MDP beriltizam akan:

  • Melaksanakan pengauditan secara professional dan berkualiti berpandukan kepada piawaian pengauditan yang diterima umum.
  • Mengeluarkan laporan atau pemerhatian pengauditan kewangan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas pengauditan selesai dilaksanakan.
  • Mengemukakan Rancangan Audit Tahunan Kepada Jawatankuasa Audit seterusnya mendapat kelulusan YDP sebelum 31 Januari setiap tahun semasa.
  • Mengemukakan Laporan Tahunan kepada YDP sebelum 31 Mac setiap tahun berikutnya.

    FUNGSI DAN PERANAN

    • Mengkaji  kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman MDP.
    • Menilai tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuat kuasa.
    • Menilai aktiviti Majlis Daerah Pekan diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
    • Mengkaji aset dan kepentingan Majlis Daerah Pekan dilindungi daripada segi kehilangan,penipuan dan penyelewengan.
    • Memberi nasihat/pandangan mengenai kawalan dalaman.
    • Melaporkan kepada Yang Di Pertua hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
    • Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Yang DiPertua.
    • Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.
    • Merancang kerja-kerja pelaksanaan audit dalam.
    • Melaksanakan auditan ke atas semua system pembayaran, penerimaan, perolehan, kawalan dalaman dan pengurusan harta, inventori dan stor.
    • Membawa ke pemerhatian pegawai-pegawai akan kaedah, peraturan, pekeliling yang berkaitan dari semasa ke semasa.
    • Mengemaskini program-program, penduaan audit dan standard-standard pengauditan yang diterima umum.
    • Menyedia program – program auditan, pemerhatian audit dan laporan kepada pihak pengurusan.
    Kemaskini Terakhir: Khamis, 30 March 2023 - 3:03pm