Piagam Pelanggan
-
Memproses permohonan secara serentak bagi Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh 67 hari daripada tarikh penerimaan yang lengkap.
-
Memproses permohonan secara serentak bagi Konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh 97 hari dan daripada tarikh penerimaan yang lengkap.
-
Menerima ulasan-ulasan dari Teknikal tidak melebihi 25 hari dikumpul dan diproses mengikut garis panduan.
-
Memaklumkan kepada pemohon mengenai status permohonan-permohonan Serentak Ubah Syarat dan Pecah Sempadan/ Kebenaran Merancang/ Pelan Bangunan/ Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan.
-
Memproses permohonan Pelan Bangunan/ Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) tidak lebih dari 2 bulan daripada tarikh penerimaan yang lengkap.
-
Mengawal dan memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan ke Agensi Teknikal.
-
Menyediakan laporan bulanan status kelulusan, analisis masalah dan memberi cadangan penambahbaikan ke KPKT.
Jawatankuasa OSC
Pengerusi : Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan
Timbalan Pengerusi : Setiausaha Majlis Daerah Pekan
Setiausaha : Pegawai Perancang Bandar
Ahli-ahli :
- 4 orang Ahli Majlis Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang
- Pentadbir Tanah Pejabat Daerah dan Tanah Pekan
- Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Pekan
- Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Pekan
- Jurutera Daerah Jabatan Bekalan Air Daerah Pekan
- Pengurus Bisnes Tenaga Nasional Berhad
- Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Pekan
- Pengurus Telekom Malaysia Berhad
- Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Cawangan Timur
- Ketua Bahagian Kejuruteraan/Bangunan MDP
- Ketua Bahagian Perancangan MDP
- Ketua Bahagian Kesihatan MDP
- Ketua Bahagian Landskap MDP
Untuk maklumat lanjut sila layari Portal OSC atau berhubung terus kepada:
Pusat Khidmat Setempat (OSC)
Majlis Daerah Pekan,
Jalan Mahkota,
26600 Pekan Bandar Diraja,
Pahang Darul Makmur.
Tel: (+069) 421 1053 Fax: (+069) 4221954