BAHAGIAN LANDSKAP
Unit Pentadbiran dan Teknikal
- Memproses pelan landskap untuk projek pembangunan swasta & mengendalikan sebutharga dan tender projek-projek landskap daripada peruntukan semasa.
- Merancang, merekabentuk dan menaiktaraf projek-projek landskap taman-taman dan kemudahan rekreasi.
- Menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial, rekreasi yang melibatkan penyertaan awam seperti kempen menanam pokok dan pertandingan landskap.
- Memberi khidmat nasihat landskap dan tanaman hiasan kepada pihak atau agensi luar.
- Menguruskan unit taman dan unit golf.
- Persatuan dan Pertubuhan Masyarakat Tempatan.
Unit Taman
- Menyelenggara landskap dan taman-taman awam di dalam kawasan Majlis.
- Mengurus tapak semaian.
- Menyediakan tanaman hiasan bagi badan-badan penganjur untuk acara dan majlis tertentu.
- Gotong-royong yang dianjurkan oleh badan-badan luar.
- Melaksanakan projek-projek kecil landskap dan pengindahan kawasan majlis.
Unit Golf
- Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan padang golf 18 lubang (Kelab Golf Di Raja Pekan) untuk kemudahan riadah .
- Menguruskan penganjuran pertandingan golf oleh pihak majlis dan badan-badan luar.
Unit Taman Bandar
- Menyelenggara rumput dan pokok di dalam kawasan taman.
- Menyelenggara kemudahan awam seperti wakaf, menara pandang, rumah tradisional, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan.