MENU

PERUTUSAN YANG DIPERTUA

Assalammualaikum

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Saya mengucapkan selamat datang ke Portal Majlis Daerah Pekan (MDP). Harapan saya agar kunjungan ini akan memberi manfaat kepada semua pengunjung sebagai satu saluran untuk berurusan dengan MDP.

Pekan merupakan sebuah Bandar Diraja yang terancang dalam pelbagai aspek meliputi infrastruktur, sosio ekonomi, perkhidmatan perbandaran, landskap, kemudahan awam dan sukan.  Majlis Daerah Pekan merupakan tulang belakang pembangunan dan perkhidmatan di Daerah Pekan.  Oleh yang demikian, Majlis Daerah Pekan telah mempunyai satu halatuju yang jelas dan strategi yang mantap bagi memastikan perancangan, pembangunan dan perkhidmatannya sentiasa berkualiti, cekap dan menepati kehendak pelanggan.

Majlis juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan orang awam dan pelancong dengan adanya tempat beriadah, pusat perniagaan, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

Kebersihan kawasan, keceriaan dan keindahan landskap di bawah pentadbiran Majlis Daerah Pekan amat dititikberatkan demi kesejahteraan rakyat Pekan.

Sehubungan dengan itu, menjaga kebersihan kawasan persekitaran dan kemudahan awam adalah di bawah tanggungjawab kita bersama demi kelestarian kawasan Pekan dan kegunaan kemudahan awam bersama dan bukannya diletakkan di bahu Majlis Daerah Pekan sahaja.

Pihak Majlis Daerah Pekan mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Pekan dan semua agensi kerajaan dan swasta kerana telah memberi kerjasama dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian kawasan Pekan.

Akhir kata, bagi memastikan agar MDP akan terus memberikan perkhidmatan yang sebaik-baiknya, saya berharap pengunjung-pengunjung yang melayari laman portal MDP dapat memberikan cadangan dan pandangan yang membina. Ini amatlah dialu-alukan demi untuk kebaikan kita semua.

Sekian, terima kasih.

Rose Samsul bin Abdul Razak, AAP,. AMP.

Yang Dipertua, Majlis Daerah Pekan

Kemaskini Terakhir: Jumaat, 19 Januari 2018 - 1:19pm