MENU

BAHAGIAN PUSAT SETEMPAT (osc)

Piagam Pelanggan

  1. Memproses permohonan secara serentak bagi Konsep Bina Kemudian Jual (BKJ), Projek Impak Tinggi dan Pelaburan Asing serta Projek-projek Kerajaan dalam tempoh 67 hari daripada tarikh penerimaan yang lengkap.
  2. Memproses permohonan secara serentak bagi Konsep Jual Kemudian Bina (JKB) dalam tempoh 97 hari dan daripada tarikh penerimaan yang lengkap.
  3. Menerima ulasan-ulasan dari Teknikal tidak melebihi 25 hari dikumpul dan diproses mengikut garis panduan.
  4. Memaklumkan kepada pemohon mengenai status permohonan-permohonan Serentak Ubah Syarat dan Pecah Sempadan/ Kebenaran Merancang/ Pelan Bangunan/ Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan dalam tempoh 14 hari selepas Mesyuarat Jawatankuasa OSC diadakan.
  5. Memproses permohonan Pelan Bangunan/ Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) tidak lebih dari 2 bulan daripada tarikh penerimaan yang lengkap.
  6. Mengawal dan memantau permohonan-permohonan yang telah diedarkan ke Agensi Teknikal.
  7. Menyediakan laporan bulanan status kelulusan, analisis masalah dan memberi cadangan penambahbaikan ke KPKT.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Januari 2018 - 1:34pm