MENU

Piagam Pelanggan Bahagian Pelesenan Dan Penjaja

i.Lesen premis perniagaan bagi perniagaan yang tidak berisiko akan dikeluarkan dalam tempoh 1 hari selepas permohonan lengkap diterima

2.Lesen premis perniagaan bagi perniagaan yang berisiko akan dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima

3.Lesen penjaja berisiko akan dikeluarkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima

4.Keputusan permohonan permit berniaga sementara tidak berisiko akan dikeluarkan 1 hari dari tarikh permohonan lengkap yang diterima.

Objektif Bahagian Pelesenan Dan Penjaja 

Memastikan proses permohonan dan kelulusan lesen / permit perniagaan di laksanakan mengikut undang – undang dan peraturan yang digunapakai serta prosedur yang didokumenkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan selaras dengan keperluan pelesen / peniaga

Fungsi Bahagian Pelesenan Dan Penjaja

  • Pengeluaran Lesen Komposit Premis Perniagaan dan Iklan Perniagaan.
  • Pengeluaran Lesen Penjaja.
  • Pengeluaran Permit Sementara.
  • Pengeluaran Lesen Hiburan.
  • Menyediakan tapak – tapak perniagaan sementara.
  • Urusan pembaharuan lesen dan permit perniagaan.
  • Memproses permohonan lesen premis perniagaan dan iklan.
  • Pengendalian permohonan pembaharuan dan pembatalan lessen.
  • Menyediakan garis panduan/ dasar-dasar pelesenan premis perniagaan Majlis.
  • Mengurus, memantau dan mengawal permohonan dan aktiviti pecan sehari, pasar malam, borong dan sebagainya.
  • Mengurus permohonan permit sementara berniaga.
  • Memproses permohonan permit penjaja.
  • Memastikan penjaja dan pelesen mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
  • Mengambil tindakan kepada pelesen dan penjaja yang gagal mematuhi syarat dan arahan.

 

Kemaskini Terakhir: Khamis, 20 September 2018 - 4:59pm