MENU

OBJEKTIF

  • Menentukan semua harta di kawasan Majlis Daerah Pekan untuk cukai taksiran pada nilai yang munasabah.
  • Berlaku adil dalam segi penilaian kepada semua pembayar cukai.
  • Menyediakan satu senarai nilaian yang lengkap dan dikemaskini bagi maksud pungutan cukai taksiran am Majlis Daerah Pekan.
  • Memperkembangkan kawasan pungutan cukai secara berperingkat-peringkat sehingga meliputi keseluruhan kawasan Majlis Daerah Pekan.
  • Berusaha mengenalpasti dan membuat penilaian harta tanah kediaman atau bangunan yang boleh mendatangkan hasil kepada Majlis Daerah Pekan.

CARTA ORGANISASI

    BIL

    URUSAN

    KUALITI / KUANTITI

    1

    Mengemaskini alamat yang diterima daripada pelanggan

    1 hari bekerja

    2

    Mengemaskini Borang I dan Borang J

    3 hari bekerja

    3

    Semua Panggilan aduan awam dilayan serta merta.   

    Hormat, sopan santun dan mesra

    4

    Mengendalikan dan mengambil tindakan ke atas semua kes aduan penilaian.   

    Selewat-lewatnya 2 hari bekerja.

    5

    Mengeluarkan Notis Tunggakan Cukai Taksiran (Notis E) dua kali setahun

    Sebelum 20 Mac dan 20 September setiap tahun.

    6

    Mengeluarkan Notis Pindaan Senarai Nilaian dalam masa yang ditetapkan   

    Tidak kurang dari 30 hari

    7

    Menghantar Bil Cukai Taksiran 2 kali setahun

    Minggu pertama bulan Januari dan Julai

    8

    Mengeluarkan Notis Penilaan semula kepada pelanggan

    Tidak kurang dari 42 hari dari tarikh kuatkuasa.

    9

    Membuat pemeriksaan ke atas harta yang memohon sewa

    10 hari bekerja

    10

    Menyampaikan keputusan permohonan untuk remisi   

    30 hari bekerja

    Kemaskini Terakhir: Khamis, 18 Januari 2018 - 1:34pm